nav-left cat-right
cat-right

Perbandingan Undang-undang Salah Laku di Kalangan Pengamal Perubatan Di Indonesia Dan Malaysia

Perbandingan Undang-undang Salah Laku di Kalangan Pengamal Perubatan Di Indonesia Dan Malaysia

Roswita Sitompul S.H. M.Hum, Prof Madya Dr.Asmah Laili Hj.Yeon & Prof Madya Nuretina Hj. Ahmad Shariff

UUM College of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia roswita_sitompul@yahoo.com/asmah485@uum.edu.my/etina@uum.edu.my

Profesion kedoktoran merupakan suatu yang spesifik dan sangat terhormat karena berkait rapat dengan kesihatan manusia. Namun profesion ini sering mendapat perhatian masyarakat kerana tindakan doktor yang tercela, melanggar etika, moral dan undang-undang dalam rangka perkhidmatan kesihatan, bahkan sehingga menimbulkan kecacatan fizikal atau meninggal dunia. Kessalahlaku ini harus ditangani dengan segera kerana masyarakat meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada doktor. Metod penelitian yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif dan penelitian perbandingan hukum yang digambarkan secara deskriptif. Kessalah diagnos sering berlaku di Indonesia sehingga masyarakat lebih cendrung untuk mendapatkan rawatan di luar Negara. Terdapat banyak kes-kes seumpama ini berlaku dalam masyarakat tapi tidak mendapatkan sewajarnya dari pada pihak pemerintah. Ini se-olah2 doktor kebal di sisi undang-undang.

Di Malaysia pula, terdapat prinsip “bolan” tapi prinsip ini tidak dijadikan sebagai suatu alas an bagi doctor untuk diambil tindakan undang-undang jika ia melakukan salah laku dalam menjalankan profesionnya. Ini adalah kerana ujian “bolan” tidak ada kaitannya dengan tanggungjawab untuk berhati-hati dalam memberikan nasihat kepada pesakit tentang risiko rawatan yang di cadangkan. Malaysia Medical Council di Malaysia sangat pro aktif dalam menjalankan tanggungjawabnya ini terbukti apabila 45 dari pada 34 kes, telah selesai 18 kes masih tertangguh dan 181 kes masih belum selesai. Di Indonesia pula, dari laporan Yayasan Konsumen Indonesia pada tahun 2000 90 hingga 2005 terdapat 3006 ke ssalah laku doctor tetapi hanya 2 kes yang dapat diselesaikan di pengadilan. Di Malaysia setiap tindakan doktor yang terlibat dalam jenayah sering dibedahkan kegiatan mereka dalam media, agar masyarakat mengetahui doctor mana yang pernah melakukan jenayah.

Doktor berkenan akan dibatalkan lesennya perkhidmatannya dan tidak layak untuk berkhidmat selama 2 tahun semua doctor kerajaan di Malaysia tidak dibenarkan untuk berkhidmat di hospital swasta. Di Indonesia doctor kerajaan lebih aktif bekerja di beberapa hospital swasta kerana ganjarannya cukup lumayan, malahan mereka di benarkan juga membuka klinik pribadi. Jika doctor berkenan dengan kepakarannya, doctor tersebut mampu merawat 30 pesakit sehari di mulai jam 5 petang sehingga jam 1 pagi. Meskipun telah wujud Undang-undang Kesihatan No 23 Tahun 1992 yang dalam Pasal 54 dan 55 yang memperuntukkan hak pesakit menuntut ganti rugi dari pada doktor yang melakukan salah laku dan Undang-undang Praktik Kedokteran No 29 Tahun 2004, tetapi undang-undang ini seolah-olah merupakan hanya gambaran yang sangat indah. Di Malaysia sejak tahun 1971, telah dikuatkuasakan Medical Act yang memperuntukkan kasalahan dan kelalaian doctor dalam menjalakan profesionnya. Di samping itu terdapat Regulation ACT 1974 yang memperuntukkan tindakan doktor yang melanggar etika profesionnya. Salah laku pengamal perubatan sebenarnya adalah merupakan tindakan jenayah yang harus diadili di muka mahkamah. Oleh itu pemerintah harus bertindak tegas dan serius dalam menangani salah lakupengamal perubatan agar kepercayaan masyarakat terhadap doktor di Indonesia dapat di pulihkan kembali.

Full Text Here : PDF

Link Jurnal Digital UISU :
nav-left nav-left nav-left tijarah julisa Jurnal sosial ekonomi Nur edukasi Tausiah