nav-left cat-right
cat-right

FAKTOR-FAKTOR TERJADI SALAH LAKU PENGAMAL PERUBATAN DI INDONESIA DAN MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR TERJADI SALAH LAKU PENGAMAL PERUBATAN DI INDONESIA DAN MALAYSIA

Roswita Sitompul

Universiti Islam Sumatera Utara,

roswita_sitompul@yahoo.com

ABSTRAK

Pada masa kini adalah menjadi perkara biasa tuntutan tentang kelalaian dalam perkhidmatan perubatan yang melibatkan pengamal perubatan. Kelalaian ini meliputi kesalahan memberikan diagnosis, memberikan rawatan yang salah dan kegagalan menjalankan rawatan, mengakibatkan pesakit mendapat cacat ataupun meninggal dunia. Objektif kajian ini adalah (i) Mengapa pengamal perubatan sering melakukan salah laku dalam menjalankan amalan di Indonesia dan di Malaysia (ii) Apakah faktorfaktor yang mendorong terjadinya salah laku pengamal perubatan di Indonesia dan Malaysia. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam pengumpulan data, meliputi kajian kepustakaan, kajian dokumentasi, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data dianalisis dengan metod analisis kandungan-ujian t. Dalam hal faktor-faktor terjadinya salah laku, dari 5 indikator terdapat 3 perbezaan yang signifikan antara Indonesia dan Malaysia, iaitu:(a) Dalam hal pengamal perubatan lalai atau kurang hati-hati dalam melaksanakan tugasnya, (b) Kurangnya kemahiran pengamal perubatan, dan (c) kurangnya masa pengamal perubatan dalam melaksanakan tugas. Ada perbezaan yang signifikan antara Indonesia dan Malaysia.

Kata kunci: perbandingan, undang-undang, kelalaian, salah laku, pengamal perubatan.

Full Text Here : PDF

Link Jurnal Digital UISU :
nav-left nav-left nav-left tijarah julisa Jurnal sosial ekonomi Nur edukasi Tausiah